Seminar ini mensasarkan peserta daripada dalam negara. Kumpulan sasaran ini termasuklah ahli akademik dan penyelidik-penyelidik dalam bidang, kaunseling, psikologi, perkembangan keluarga dan kanak-kanak, ahli perubatan, pelajar-pelajar dalam jurusan kaunseling samada di peringkat sarjana muda, Sarjana dan PhD. Sasaran lain ialah ahli-ahli badan organisasi, pegawai dan eksekutif (Pengurusan dan Pentadbiran) di agensi kerajaan dan swasta, kaunselor profesional, pegawai psikologi, ibubapa dan ahli masyarakat.
SKOP ATAU BIDANG SEMINAR
- Kesihatan Mental
- Keibubapaan
- Penceraian
- Seksualiti
- Perkahwinan
- Isu-isu sosial
- Remaja dan kanak-kanak berkeperluan khas
- Penjagaan orang tua
- Penyakit kronik
- Teknologi
- Ketagihan