MASEC 2024
“Pemantapan Keluarga Kearah Kesejahteraan Masyarakat Madani”
Marital and Sexuality Counseling Seminar (MASEC) merupakan seminar tahunan yang dianjurkan oleh Program Kaunseling di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Pelaksanaan MASEC ini sejajar dengan bidang tujahan dan kepakaran kaunseling keluarga di FKP. MASEC mengenengahkan perbincangan ilmiah melalui sesi pembentangan kertas kajian, forum, bengkel latihan dan ucaptama yang memfokuskan kepada isu-isu yang berlaku dalam institusi keluarga dan perkahwinan.
Hari ini, perkembangan keluarga dan masyarakat semakin mencabar. Pelbagai isu dan perkara baharu timbul selari dengan perkembangan dan kemajuan teknologi dan arus pembangunan negara. Cabaran utama kini mendepani era digital dan juga kesan akibat pandemik COVID-19. Justeru itu, seminar MASEC 2024 diteruskan lagi untuk tahun ini sebagai platfom yang menghimpunkan badan kerajaan dan bukan kerajaan, di samping pengamal kaunseling, ahli psikologi, ahli perubatan, ahli akademik, pelajar pasca-siswazah dan masyarakat awam untuk berkongsi kajian kes, ilmu serta pengalaman mereka dalam isu kekeluargaan.Selepas kita melalui fasa krisis pandemik COVID-19, pada tahun ini seminar MASEC akan kembali dilaksanakan secara hybrid (bersemuka dan atas talian).
MASEC 2024 akan mengetengahkan aspek kaunseling dalam pembinaan keluarga sejahtera, cabaran-cabaran kekeluargaan, melalui pembentangan hasil kajian dan amalan perkhidmatan kaunseling sebagai usaha memberi pengetahuan dan pendedahan kepada pengamal kaunseling, ahli psikologi, ahli perubatan serta masyarakat yang terlibat dengan isu-isu serta kemahiran-kemahiran kaunseling khususnya berkaitan kekeluargaan.
