Secara khususnya, objektif MASEC 2024 ini adalah seperti berikut :
- Mewujudkan bengkel intelektual yang dikendalikan oleh para sarjana dan pengamal kaunseling tempatan dalam bidang kaunseling, psikologi serta perubatan ke arah membentuk keluarga sejahtera.
- Memberi pengetahuan dan kefahaman dalam isu-isu dan cabaran berkaitan kekeluargaan dan pembinaan keluarga sejahtera.
- Mengenal pasti cabaran serta isu-isu terkini yang berhubung kait dengan kekelurgaan, keibubapaan, orang tua dan remaja serta anak-anak kecil.
- Memberikan pendedahan kepada masyarakat awam tentang kepentingan pembinaan keluarga sejahtera dalam menangani konflik dan cabaran dalam keluarga.
- Memberi kemahiran terkini dalam menjalankan sesi kaunseling kekeluargaan.
- Mempamerkan hasil produk inovasi dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.
Sejarah & Kejayaan
Dua tahun lepas, semasa PKP MASEC 2021 telah dilaksanakan secara atas talian. Peserta yang menyertai Masec 2021 adalah terdiri daripada pengamal kaunseling dan juga pelajar. Antara pengamal kaunseling yang menyertai adalah daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pusat Perubatan UKM, Pejabat Kaunseling Daerah dan juga Agensi Anti-Dadah Kebangsaan. MASEC 2021 telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Azlan Shah Nazrudin Pengarah LPPKN Negeri Sembilan.